web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Seragam Waktu Operasi Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jun 2021 9:44AM

Arahan terbaharu ini berkuatkuasa serta-merta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah sekali lagi menyeragamkan waktu operasi perniagaan seluruh negeri susulan peningkatan semula kes positif COVID-19 yang mencecah 305, semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, arahan terbaharu itu berkuatkuasa serta-merta.

"Secara amnya, semua aktiviti perniagaan hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

"Kecuali untuk operasi pasar awam atau harian, ia dibuka seawal jam 6 pagi hingga 3 petang," katanya semalam.

Antara sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang ialah premis makanan termasuk lori makanan,  kedai serbaneka, pasar raya, farmasi, dobi (termasuk layan diri), stesen minyak, kedai haiwan, barangan optik, bengkel kenderaan, elektrik, jualan kenderaan, 'hardware', pemborongan dan pengedaran serta e-dagang.

Selain itu, kedai alat tulis, buku, menjual peralatan sembahyang dan pengebumian, perkhidmatan cuci kenderaan serta kedai menjual dan membaiki telefon bimbit turut dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0 di seluruh negeri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, berikutan perubahan waktu operasi perniagaan baharu tersebut, orang ramai dibenarkan masuk ke pusat bandar seawal jam 6 pagi, iaitu tiga jam lebih awal berbanding sebelum ini.

"Pemborong dan penjaja pula dibenarkan masuk sebelum jam 6 pagi bagi membolehkan mereka melakukan persiapan sebelum perniagaan dibuka," katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan waktu operasi bagi semua sektor perniagaan dibenarkan khusus bagi Tawau dan Kalabakan adalah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Keadaan itu menimbulkan kekeliruan selepas orang awam hanya dibenarkan masuk ke pusat bandar bermula jam 9 pagi kecuali bagi mereka yang bekerja, temu janji suntikan vaksin, petugas barisan hadapan dan perubatan.

Situasi di Jalan Damai itu, turut dialami penduduk di Jalan Kuhara-Merotai selepas sekatan yang sama dilakukan di SJR Jambatan Putih.

Ia menyebabkan orang ramai terpaksa meletak kenderaan masing-masing di tepi jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Jalan Damai sebelum laluan dibuka jam 9 pagi. - Getaran, 7 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia