web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut, Suami Melecur Rumah Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 4:38PM

Seorang warga emas maut dalam kebakaran di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas berusia 79 tahun maut dalam kebakaran  membabitkan tiga buah rumah di Kampung Losong Haji Su, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, Fatimah Mohd, 79, terperangkap dalam kebakaran itu yang dipercayai bermula jam 10.30 pagi tadi.

Katanya, suami mangsa, Jusoh Muda, 82 turut mengalami kecederaan iaitu melecur, dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

“Kami menerima panggilan sekitar jam 10.39 pagi dan apabila sampai ke lokasi tiga minit kemudian, kebakaran didapati telah memusnahkan 82 peratus struktur rumah tersebut,” 

“Kita juga percaya suami mangsa cuba untuk menyelamatkan isterinya, namun tidak berjaya kerana keadaan mangsa yang lumpuh dan ia menyebabkan lelaki itu melecur di bahagian kaki," katanya kepada media, ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Md Hilman berkata, 35 anggota bersama empat jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Jalan Kota telah dikejarkan ke tempat kebakaran.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran 10 minit kemudian, dan fokus kita adalah pada rumah berdekatan, kerana tidak mahu api merebak ke sana," katanya.

Ujarnya, pihak bomba tidak menghadapi kesulitan memadamkan kebakaran kerana lokasi rumah yang berada di tepi jalan dan mempunyai punca air.

“Kita tidak ada masalah kecuali pada struktur rumah ini kerana ia adalah rumah kayu dan api cepat merebak. 

"Kediaman mangsa musnah sepenuhnya, manakala dua lagi rumah terbakar hampir 50 peratus," katanya.

Md Hilman memberitahu, siasatan berhubung kejadian itu akan dilakukan pihak polis kerana melibatkan kematian.

"Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan," katanya. - Getaran, 7 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia