web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Asrama SMK Kuala Nerang Terbakar, Tiada Mangsa Terlibat 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 12:13PM

Pasukan bomba meninjau kesan kebakaran di asrama SMK Kuala Nerang - Gambar JBPM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang dekat sini dikejutkan dengan kebakaran dua unit asrama di situ, pada hari pertama persekolahan selepas cuti sempena Hari Raya Aidiladha, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.37 pagi tadi. 

Katanya, pemeriksaan mengesahkan tiada mangsa yang terlibat atau cedera dalam kejadian itu. 

"Kebakaran itu melibatkan dua unit asrama di aras tiga. Kejadian tersebut turut melibatkan bilik penyimpanan barang dan tandas di aras berkenaan. 

"Kemusnahan dua unit asrama yang terbakar itu dianggarkan sebanyak 90 peratus. Operasi pemadaman dilaksanakan dua jentera dari BBP Kuala Nerang dengan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 7.55 pagi," katanya. 

Dalam pada itu sumber memaklumkan, insiden terbabit mula disedari oleh kumpulan guru yang sedang membaca Surah Yassin di blok sekolah berhampiran. 

"Ketika membaca Yassin, kalangan guru terlihat kepulan asap dari blok asrama berkenaan. Mereka kemudiannya bergegas ke situ untuk melakukan pemeriksaan dan terus membuat panggilan kecemasan. 

"Blok asrama tersebut menempatkan kira-kira 60 pelajar lelaki. Ketika kejadian, pelajar sesi pagi sedang berada di dewan bagi mengikuti perhimpunan manakala pelajar sesi petang sedang melakukan riadah di luar bangunan," katanya, 

Tambahnya, setakat ini pihak sekolah masih menanti laporan bomba sama ada bangunan itu masih selamat untuk diduduki. 

"Difahamkan pemeriksaan dilakukan setakat ini mendapati bekalan elektrik di aras satu dan dua tidak terjejas. Tetapi sama ada bangunan itu masih selamat diduduki atau tidak, segalanya bergantung kepada laporan bomba," katanya. - Getaran, 19 Jun 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang