web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebakaran Bilik Simpanan Fail, Polis Pahang Tubuh Pasukan Siasatan Dalaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jun 2021 7:20PM

Anggota polis menyelamatkan komputer selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya mengawal kebakaran di tingkat tiga, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, semalam. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis Pahang sudah menubuhkan pasukan siasatan dalaman susulan insiden kebakaran di bilik simpanan fail Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, petang semalam. 

Pasukan siasatan itu membabitkan pegawai dan anggota dari Bahagian JSJ dan Bahagian Pembangunan Logistik IPK negeri. 

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan kepada Getaran ketika dihubungi hari ini. 

Menurut beliau, keputusan menubuhkan pasukan siasatan dalaman ini dibuat susulan laporan awal dikemukakan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, yang mendapati insiden itu dipercayai berpunca akibat litar pintas. 

"Bagi memastikan kejadian ini tidak menimbulkan sebarang spekulasi, kita ambil langkah proaktif dengan membuat (mewujudkan) pasukan (siasatan) khas. 

"Setakat ini, tidak ada sebarang unsur sabotaj atau khianat dikesan dalam kejadian petang semalam dan kita akan bekerjasama rapat dengan JBPM negeri yang masih melakukan siasatan lanjut mengenai insiden itu," katanya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam, sebuah bilik penyimpanan fail di tingkat tiga bangunan IPK Pahang dilaporkan terbakar dan kejadian itu disedari anggota polis bertugas yang bertindak menghubungi pihak bomba. 

Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6. 30 petang. 

Operasi pemadaman kebakaran membabitkan empat jentera bersama 15 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota. 

Sementara itu, Abd Jalil memaklumkan tidak ada fail penting dan bahan bukti yang terbabit dalam kejadian kebakaran itu. 

"Kebanyakan fail yang disimpan di bilik itu adalah fail bagi kes yang sudah selesai (siasatan), tidak ada kertas siasatan dan bahan bukti di situ. 

"Saya nasihatkan supaya orang ramai tidak membuat andaian dan spekulasi negatif susulan kejadian berkenaan, memandangkan siasatan juga masih dijalankan pihak forensik bomba dan kita akan membantu mereka," katanya. 

Beliau turut berjanji untuk memaklumkan kepada media sekiranya terdapat perkembangan terbaru berkaitan siasatan insiden kebakaran itu. – Getaran, 7 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia