web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Jemput Ketua Parti Politik Bincang Pembukaan Semula Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 7:14PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjemput semua pemimpin parti politik di negara untuk berbincang mengenai penamatan tempoh Darurat dan pembukaan semula Parlimen menjelang Ogos ini.

Menurut laman portal TwentyTwo13, sesi perjumpaan tersebut dijangka bermula dari Rabu sehingga Jumaat minggu ini, dan  dipercayai akan disusuli dengan perjumpaan baginda bersama Raja-Raja Melayu pada minggu seterusnya.

Baginda dijangka akan berbincang dan meminta nasihat dari Raja-Raja Melayu yang lain perihal keadaan semasa negara, dan mungkin akan turut menyentuh tentang pembentukan kerajaan sementara atau Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

TwentyTwo13 difahamkan, terdapat beberapa pemimpin politik termasuk dari UMNO, Parti Amanah Negara yang sudah mendapatkan nasihat daripada barisan peguam perlembagaan tentang Perlembagaan Persekutuan dan MAGERAN,” lapor portal tersebut.

Dalam konteks keadaan semasa, fungsi MAGERAN adalah memastikan pandemik COVID-19 dapat dibendung dengan berkesan, menyambung sesi Parlimen yang sedang digantung menerusi Ordinan Darurat dan menguruskan hal-hal berkenaan Pilihan Raya Umum.

MAGERAN dibentuk pada tahun 1969 iaitu selepas terjadinya rusuhan kaum pada 13 Mei tahun yang sama.

Pembentukan MAGERAN pada ketika itu dibuat Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, yang melantik Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak sebagai pengarah operasi badan tersebut. - Getaran, Jun 7 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia