web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Ditahan Disyaki Dera Anak Tiri

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2024 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Polis menahan seorang wanita kelmarin kerana disyaki mendera anak lelaki tirinya berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Yik Perdana, Kok Lanas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata polis menerima laporan kejadian daripada bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an pada Khamis lepas.

Beliau berkata anak sulung berkenaan dipercayai didera sejak 10 Julai lepas semasa bapa mangsa berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

"Bapa mangsa hanya mengetahui anaknya didera ketika pulang ke rumah pada 12 Julai apabila melihat terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan dan mata kanak-kanak itu.

"Hasil siasatan mempercayai mangsa yang merupakan murid sebuah sekolah rendah di Kok Lanas telah dibawa ke bilik air dan suspek turut menghentakkan kepala mangsa ke dinding serta menyepak kedua-dua belah tangan mangsa," katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Rosdi berkata selain itu, mangsa juga dikurung di dalam tandas hingga keesokan hari tanpa diberi makan dan minum.

Wanita berkenaan, katanya direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

142 Kes Penderaan Kanak-Kanak Dicatat Di N Sembilan, Tertinggi Setakat Jun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad