web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2024 9:39AM

Kanser payudara mencatatkan jumlah tertinggi di Malaysia diikutikanser kolorektal, diikuti kanser paru-paru, trakea, dan bronkus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peningkatan diagnosis kanser dalam kalangan rakyat Malaysia membimbangkan, dengan kanser payudara mencatatkan jumlah tertinggi.

Pengarah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Muralitharan Munisamy berkata, berada di kedudukan kedua ialah kanser kolorektal, diikuti kanser paru-paru, trakea, dan bronkus.

Ringkasan Malaysian National Cancer Registry (MNCR) dari 2017 hingga 2021 menunjukkan kebarangkalian menghidap kanser bagi lelaki dan wanita meningkat kepada satu bagi setiap lapan individu.

Dr Muralitharan berkata,  168,823 kes kanser dilaporkan dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh tersebut.

Berdasarkan laporan Global Cancer Observatory iaitu pangkalan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 51,650 kes baharu pada 2022, dengan 24,892 kes melibatkan lelaki manakala 26,758 lagi wanita.

“Pada 2017, MNCR merekodkan 34,585 kes, menurun sedikit kepada 33,940 pada 2018. Pada 2019, kes meningkat kepada 34,278. Pada 2020, jumlah itu meningkat sedikit kepada 34,332 tetapi pada 2021, terdapat penurunan ketara kepada 31,688,” kata Dr Muralitharan kepada The Malaysian Insight.

Daripada 168,823 kes, sebanyak 77,692 adalah lelaki dan 91,131 perempuan. Mengikut kumpulan etnik, kaum Melayu merekodkan jumlah pesakit kanser tertinggi, diikuti Cina dan India. 

Dalam kalangan lelaki, sebanyak 32,010 pesakit Melayu didiagnosis, berbanding 31,801 Cina dan 4,895 India. Dalam kalangan wanita pula, 42,763 pesakit Melayu didiagnos, diikuti 30,301 Cina dan 7,749 India.

Menurut anggaran terkini WHO, diagnosis kanser global akan mencapai 35 juta menjelang 2050, peningkatan sebanyak 77 peratus daripada 20 juta kes pada 2022.

Bilangan Kes Kanser Payudara Yang Tinggi

Dr Muralitharan berkata, kanser payudara adalah yang paling biasa ditemui dalam kalangan rakyat Malaysia. Kanser kolorektal menduduki tempat kedua, diikuti kanser paru-paru, trakea, dan bronkus. 

Kanser limfoma pula adalah yang keempat paling sering ditemui dan bilangan kes kanser hati meningkat dengan ketara, menjadikan ia kanser kelima paling banyak dihidapi.

Walaupun kanser payudara kekal paling lazim, peratusannya menurun daripada 19 peratus pada 2012-2016 kepada 17.6 peratus pada 2017-2021. 

Bagaimanapun, terdapat peningkatan bagi kes kolorektal kepada 14.1 peratus (daripada 13.5 peratus), kanser paru-paru, trakea, dan bronkus kepada 10.1 peratus (daripada 9.8 peratus), limfoma kepada 5.2 peratus daripada 5.1 peratus), dan kanser hati daripada 3.5 kepada 4.9 peratus.

Dari 2017 hingga 2021, pesakit lelaki kebanyakannya menghidap kanser kolorektal, diikuti kanser paru-paru, trakea, dan bronkus; prostat; hati; dan kanser limfoma. Di kalangan wanita, kanser payudara adalah yang paling biasa, diikuti oleh kolorektal; paru-paru, trakea, dan bronkus; korpus uteri; dan kanser ovari.

Wanita berumur 25 hingga 64 tahun mempunyai kadar kanser lebih tinggi dari 2017 hingga 2021, sama bagi tempoh 2012-2016, manakala kes lelaki lebih tinggi daripada wanita selepas umur 65 tahun.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2023, kanser adalah penyebab utama kematian keempat di Malaysia, meningkat daripada 10.5 peratus pada 2021 kepada 12.6 peratus pada 2022.

Mengikut kumpulan etnik, ringkasan laporan 2017-2021 menunjukkan 1 daripada 11 lelaki Melayu, 1 daripada 9 lelaki India, dan 1 daripada 6 lelaki Cina mempunyai risiko mendapat kanser sebelum umur 75 tahun. Bagi perempuan, 1 daripada 9 perempuan Melayu dan 1 dalam 7 wanita India dan Cina berisiko.

Faktor Penyumbang Dan Kelangsungan Hidup

Dr Muralitharan berkata mengikut Early Detection of Common Cancers and Referral Pathways for Healthcare Providers, kira-kira satu pertiga daripada kematian kanser dikaitkan dengan lima faktor risiko utama berkaitan tingkah laku dan pemakanan: indeks jisim badan yang tinggi, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mencukupi, kurang aktiviti fizikal, penggunaan tembakau, dan pengambilan alkohol. Penggunaan tembakau adalah faktor risiko paling biasa, penyumbang kira-kira 22 peratus kematian kanser.

Kajian Malaysia Mengenai Kelangsungan Hidup Kanser (MySCan) iaitu laporan kelangsungan hidup pesakit kanser kebangsaan pertama yang menggunakan data berasaskan populasi menunjukkan kelangsungan hidup adalah lebih tinggi pada tahap satu dan merosot apabila tahap bertambah. 

Laporan ini merangkumi warganegara Malaysia dan penduduk yang didiagnosis dari 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2011, dengan susulan hingga 31 Disember 2016. 

Kadar kelangsungan hidup dianalisis untuk 0-10 tahun selepas diagnosis terhadap 15 jenis kanser terpilih, termasuk 72,884 kes (40.2 peratus lelaki dan 59.8 peratus wanita). Majoriti adalah Cina (43.2 peratus), diikuti oleh Melayu (40.7 peratus), Bumiputera (8.6 peratus), India (6.6 peratus), dan kumpulan etnik lain (0.8 peratus).

Analisis kes di mana tahap direkodkan (39,976 daripada 69,011 kes) menunjukkan 18 peratus berada di tahap I, 26 peratus di tahap II, dan 56 peratus di tahap akhir (tahap III dan IV). Kadar kelangsungan hidup relatif lima tahun yang tertinggi adalah kanser tiroid (82.3 peratus), prostat (73.0%), korpus uteri (70.6 peratus), payudara wanita (66.8 peratus) dan kolon (56.8 peratus). Kadar kelangsungan hidup secara amnya lebih tinggi di kalangan wanita dan kumpulan umur yang lebih muda.

Pencegahan Merokok

Menurut laporan MySCan, Malaysia mempunyai dan menyediakan program saringan kanser yang mudah diakses untuk kanser payudara, serviks, uteri, dan kolorektal. 

Namun, peratusan kes yang dikesan pada peringkat akhir (tahap III & IV) adalah 41.3, 38.5 dan 63.8 peratus. Laporan tersebut menekankan bahawa kanser yang paling membimbangkan, dengan kelangsungan hidup terendah, adalah kanser paru-paru, trakea, dan bronkus dengan kelangsungan hidup relatif lima tahun sebanyak 11.0 peratus dan tempoh kelangsungan hidup median selama 6.8 bulan.

Fokus terhadap kanser yang cepat membawa maut ini perlu ditumpukan kepada strategi pencegahan dan bukan rawatan, dengan dasar dan program yang signifikan diarahkan kepada pencegahan merokok di kalangan belia. 

Rang Undang-Undang Anti-Merokok, yang diluluskan oleh Dewan Negara pada Disember dan digazetkan pada Februari, termasuk peruntukan seperti melarang penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, atau produk pengganti tembakau kepada golongan bawah umur. 

Bagaimanapun, elemen akhir generasi penamat rokok (GEG) telah dikeluarkan daripada rang undang-undang yang dipinda.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang "generasi penamat rokok" yang dicadangkan ldianggap tidak berperlembagaan disebabkan sifat diskriminatifnya.

Dr Muralitharan menasihatkan rakyat Malaysia mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat bagi kekal bebas kanser, mengikuti konsep Pinggan Suku-Suku-Separuh. Satu perempat daripada pinggan harus terdiri daripada karbohidrat, satu perempat lagi protein, dan separuh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, dengan air kosong sebagai minuman pilihan. 

Beliau mencadangkan sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur-sayuran dan dua hidangan buah-buahan sehari, serta mengehadkan pengambilan makanan diproses dan minuman bergula.

Selain pemakanan sihat, Dr Muralitharan turut menekankan kepentingan gaya hidup aktif dan beliau mencadangkan aktiviti fizikal seperti berjoging, berbasikal, atau mendaki selama sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Saringan kesihatan berkala juga penting untuk pengesanan awal dan pencegahan masalah kesihatan. 

Beliau juga menasihatkan supaya orang ramai mengelakkan sepenuhnya penggunaan tembakau, produk vaping, dan pengambilan alkohol. Di samping itu, beliau menekankan kepentingan vaksinasi, seperti vaksin human papillomavirus untuk melindungi terhadap kanser berkaitan HPV dan vaksin Hepatitis B bagi mencegah kanser hati. – The Malaysian Insight, 26 Julai 2024.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

3

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki