web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

Aktres ini sering berkongsi tentang perjuangannya melawan kanser, namun akhirnya tewas setelah sel kanser mula merebak ke otak.

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2024 3:05PM

Shannen Doherty mula didiagnosis menghidap kanser payudara pada 2015.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon drama televisyen hit 90-an Beverly Hills 90210 Shannen Doherty, 53, disahkan meninggal dunia selepas bertahun-tahun berjuang melawan kanser payudara.  

Berita duka pemergian pelakon ini dikongsi oleh pengurus peribadinya, Leslie Slone salam satu kenyataan media pada Ahad. 

Menurut Leslie, Shannen ditemani ahli keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Dengan berat hati saya mengesahkan kematian pelakon Shannen Doherty pada Sabtu, 13 Julai. Dia tewas, dan tidak mampu lagi berjuang melawan kanser yang sudah dihidapinya sejak bertahun-tahun lalu," ulas Leslie.

"Anak perempuan, kakak, ibu saudara dan rakan yang setia itu dikelilingi oleh orang tersayangnya serta anjingnya, Bowie. Pihak keluarga meminta diberi ruang privasi agar mereka boleh berkabung dengan aman," sambung Leslie lagi.

Shannen mula didiagnosis menghidap kanser payudara pada 2015, tetapi hanya mendedahkan perkara itu pada November 2023. Ketika itu, kansernya berada pada tahap empat dan kemudian merebak ke tulang.  

Kurang dari dua tahun, iaitu pada April 2017, aktres itu hadir dengan berita gembira di mana kansernya telah hilang. Bagaimanapun, menjelang 2019, Shannen mengumumkan bahawa kanser itu telah kembali dan berada di tahap empat. 

Pada Jun 2023, aktres itu membuat satu lagi pendedahan bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan ‘menakutkan’ pada Januari 2023 setelah kanser itu mula merebak ke otaknya. 

Shannen menjadi terkenal dan dipuja ramai remaja ketika dia beraksi sebagai Brenda Walsh dalam siri Beverly Hills 90210 yang ditayangkan pada Oktober 1990.

Shannen meninggalkan rancangan itu pada 1994, iaitu selepas musim keempat bersiaran. Pada 2008, aktres ini membuat kemunculan istimewa dalam siri Beverly Hills edisi baharu. 

Selepas menempa nama bersama siri kegilaan remaja ini, Shannen terus melangkah yakin dengan melakonkan watak Prue Halliwell dalam siri Charmed yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik yang mempunyai kuasa sihir.  

Selain terlibat sebagai pelakon, Shannen juga sempat mengarah beberapa episod. Dia meninggalkan Charmed pada akhir musim ketiga pada tahun 2001.

Sepanjang hayatnya, Shannen tidak pernah meninggalkan dunia seni. Dia sentiasa mempunyai sesuatu untuk dilakukan. 

Shannen juga mempunyai podcast sendiri yang berkongsi tentang perjuangannnya melawan kanser, serta pelbagai topik menarik lain. 

Shannen juga pernah terlibat dengan program realiti, ‘Breaking Up with Shannen Doherty’ dan sebagai peserta dalam ‘Dancing with the Stars’. - Getaran, 15 Julai 2024

Foto : IG Shannen

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

3

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN