web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Tahun Penjara, 4 Sebatan Jalin Seks Dengan Gadis Bawah Umur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2021 5:54PM

Edieka diiringi polis sebaik selesai pertuduhan di Mahkamah Sesyen Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Tertuduh Edieka Mulyadi, 20, turut dipenjara lima bulan dan tiga sebatan atas kesalahan memasuki serta berada di negara ini secara haram mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di kebun kelapa sawit Sin Onn dalam daerah Tawau pada jam 8.30 malam, 26 Mei lalu.

Menurut kertas pertuduhan, Edieka didakwa merogol selepas melakukan persetubuhan dengan teman wanitanya yang berusia 14 tahun.

Perkara itu disedari ibu gadis tersebut ketika membawa anaknya melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Besar Tawau dan dimaklumkan mengenai kesan koyakkan pada kemaluan mangsa, sebelum laporan polis dibuat pada 28 Mei 2021.

Sehubungan itu, tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan berkuatkuasa hari ini atas kesalahan merogol.

Selain itu, Awang Kerisnada turut menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan tiga sebatan atas kesalahan Imigresen yang akan dijalankan secara berasingan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya P Kershanathan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Getaran, 8 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia