web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Petugas Bank Direman 7 Hari, Siasatan Kes Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 3:25PM

6 petugas di sebuah bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi berjumlah RM18 juta antara 2018 hingga 2020. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Enam petugas di sebuah bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi berjumlah RM18 juta antara 2018 hingga 2020.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin terhadap kesemua  lelaki yang berusia 36 hingga 45 tahun itu selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Terdahulu kesemua lelaki itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.55 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Semalam, SPRM menahan kesemua individu itu  yang bertugas di beberapa cawangan bank tersebut di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi  bernilai lebih kurang RM18 juta.

SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM69,000 dan beberapa utas jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada individu itu dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000 di kediaman mereka di sekitar Selangor dan Putrajaya.- Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia