web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Sasar 100,000 Saringan COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 5:56PM

Selangor memperuntukkan sebanyak RM10.7 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 untuk pelaksanaan program berskala besar ujian saringan COVID-19 di peringkat komuniti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor menyasarkan sebanyak 100,000 saringan COVID-19 di seluruh negeri melalui program berskala besar di peringkat komuniti.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Ujian Saringan COVID-19 Fasa 3 itu memperuntukan RM10.7 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Menurut beliau, fasa berkenaan berasaskan dua strategi berdasarkan dapatan Fasa Pertama dan Fasa Kedua, iaitu penumpuan kepada kawasan hotspot kes COVID-19, termasuk di premis perindustrian.

"Ramai yang berpendapat kerajaan negeri harus memfokus kepada usaha vaksinasi berbanding saringan.

"Kami sebaliknya berpendapat, ujian saringan harus dilaksanakan serentak sehingga imuniti kelompok dicapai," katanya pada pembentangan pakej Kita Selangor 2.0 secara maya hari ini.

Beliau turut memaklumkan,  seramai 117,314 individu telah menjalani ujian saringan COVID-19 Fasa Dua sehingga 8 Jun 2021.

Program saringan percuma itu yang dilaksanakan bermula 8 Mei lalu dijadual berakhir Khamis ini, dan melibatkan penduduk di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). - Getaran, 9 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan