web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Masih Menteri Besar - Ahmad Samsuri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 2:51PM

Ahmad Samsuri menafikan gerakan menyingkirkannya dari pentadbiran negeri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan dakwaan wujudnya krisis kepimpinan parti dan usaha menyingkirkannya daripada pentadbiran negeri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menegaskan, dakwaan tersebut tidak pernah berlaku dan ia termasuk tuduhan mengenai perpecahan dalaman PAS di negeri itu.

“Saya rasa saya bangun pagi ini masih lagi menteri besar. Rasanya walaupun ada gambar 10 orang jadi menteri besar, tak timbul lagi (isu perpecahan).

“Yang lain biar polis jalankan siasatan. Memang tak ada perpecahan. Orang  yang buat (cerita) ini tak ingat api neraka sebab itu saya nak ingatkan fitnah, api neraka itu ada dan kita ini hidup lama-lama pun mati juga,” katanya kepada media selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan wujudnya gerakan yang mahu menyingkirkannya sebagai menteri besar oleh sebuah portal.

Portal itu pada Selasa lepas melaporkan, wujud surat akuan berkanun SD untuk ADUN Terengganu menyatakan ketidakpercayaan mereka dan seterusnya menolak kepimpinan menteri besar.

Menurut portal itu, UMNO Terengganu sedang berusaha untuk memujuk ADUN PAS menyertai usaha mereka menyingkirkan Ahmad Samsuri.

UMNO Terengganu bagaimanapun menafikan terlibat memujuk Adun PAS menandatangani SD untuk menolak Ahmad Samsuri.

Satu laporan polis turut dibuat oleh setiausaha politik menteri besar berhubung dakwaan itu. - Gerakan, 10 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan