web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


23 Kes VOC COVID-19 Dikesan Dalam Tempoh 6 Hari - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 3:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kes Varian Yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 dikesan dalam negara, hasil survelan genomik secara berterusan dari 3 hingga 8 Jun, dengan 19 daripadanya varian Beta (B.1.351), manakala empat kes varian Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman Facebook berkata, kes varian Beta (B.1.351) yang dilaporkan adalah merangkumi lapan kes di Selangor, tiga di Putrajaya, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Perak dan Perlis.

Manakala varian Delta (B.1.617.2) yang dikesan adalah masing-masing dua kes di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham berkata sehingga semalam, jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah 161 kes, dengan 145 kes VOC dan 16 kes VOI.

Jumlah VOC yang dilaporkan adalah 123 kes varian Beta (B.1.351), 13 kes varian Delta (B.1.617.2), sembilan kes varian Alpha (B.1.1.7), manakala VOI dikesan adalah 12 kes varian Theta (P.3), tiga varian Eta (B.1.525) dan satu kes varian Kappa (B.1.617.1).

“Kementerian Kesihatan akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit, termasuk meneruskan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti,” katanya.

Dr Noor Hisham juga menasihatkan orang ramai untuk segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga, bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan