web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 60 Kluster Perayaan Dilaporkan Dalam Tempoh 4 Minggu - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 8:39PM

Petugas kesihatan bersedia untuk menghantar pesakit kritikal ke wad ICU di MAEPS pada 28 Mei. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 60 kluster perayaan dilaporkan bermula 13 Mei hingga 10 Jun, dengan 58 daripadanya melibatkan sambutan Aidilfitri dan dua lagi kluster melibatkan Hari Gawai.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 13,023 individu telah disaring dalam kluster itu dengan 3,511 kes positif COVID-19 telah dikenal pasti, menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27 peratus.

Daripada jumlah kes positif tersebut, 20 kematian telah dilaporkan dan sehingga kini, 11 kes masih dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kluster perayaan yang tertinggi adalah Sabah dengan 11 kluster (18.3 peratus), Sarawak dengan lapan kluster (13.3 peratus), serta Kedah dengan tujuh kluster (11.7 peratus).

“Situasi peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan ini dianggap serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

“Sekiranya masyarakat masih lagi leka serta tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri semasa musim perayaan tersebut, tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak berulang di negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata semua pihak perlu bertanggungjawab untuk melindungi golongan rentan, khususnya ibu bapa yang uzur di kampung halaman dengan tidak mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.

Katanya, Malaysia wajar mencontohi negara jiran yang berjaya mengawal situasi pandemik COVID-19 dengan baik, sekali gus membuktikan kerjasama antara semua pihak dan kepatuhan yang tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP), kehidupan kepada normal mampu menjadi kenyataan.

“Rakyat Malaysia digesa untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar.

“Daftarkan diri anda dan ahli keluarga untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi membentuk imuniti kelompok dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad