web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program NCIA Berjaya Bantu Pelajar Keluarga B40 Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 7:51AM

Nur Syamira Ishak, 18, (kanan) menunjukkan keputusan pemeriksaan SPM 2020nya. Pelajar itu dapat mengikuti PdPR melalui tablet yang disumbangkan NCIA tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - “Saya hampir putus asa ketika belajar dan mengulang kaji untuk menghadapi peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” kata Ainaa Rayiqah Mat Rosli yang berjaya meraih 7A 1B dalam keputusan SPM 2020 hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Ainaa Rayiqah, 18, dari Sungkai, Perak berkata beliau hampir berhenti sekolah selepas pembelajaran secara dalam talian pada awalnya dirasakan begitu membebankan susulan ketiadaan sambungan Internet di rumah.

“Saya hampir putus asa kerana tarikh peperiksaan sering ditunda,” katanya dalam sesi temu bual menerusi aplikasi Zoom yang diatur oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di sini hari ini.

Ainaa Rayiqah adalah antara pelajar yang terpilih di bawah Program Akademik empowerNCER NCIA yang menggabungkan pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka dan telah memudahkan proses pembelajaran pelajar ketika berdepan cabaran yang belum pernah dialami susulan penularan pandemik COVID-19.

Program itu, yang dianjurkan buat julung kali pada tahun lepas, disertai sejumlah 1,950 pelajar Tingkatan Lima daripada keluarga B40 dari 51 sekolah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Ainaa Rayiqah berkata program itu banyak membantu dari segi ulang kaji dan latihan tambahan bagi subjek teras.

“Tablet dan latihan yang disediakan memudahkan saya mengulang kaji. Tidak lama kemudian, saya kembali berada di landasan yang betul dalam membuat persiapan untuk menghadapi SPM,” katanya.

Bagi Muhammad Shazwan Saharuddin, 18, yang memperoleh keputusan 7A, berkata bapanya adalah seorang pesawah dan satu-satunya pencari nafkah bagi menanggung keluarga, oleh itu beliau berdepan cabaran getir untuk melanggan Internet dan menghadiri kelas yang berlangsung secara dalam talian.

“Pada mulanya, norma baharu pembelajaran secara dalam talian amat membebankan saya kerana berdepan masalah akses kepada Internet yang sangat terhad.

“Bagaimanapun, aplikasi i-Learn Ace yang disediakan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) banyak membantu saya dalam melakukan persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM kerana saya boleh merujuk nota dan membuat latihan hanya dengan menggunakan telefon pintar secara luar talian setelah hanya sekali mendaftar secara dalam talian,” kata pelajar yang berasal dari Kerian, Perak itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 bulan yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan