web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tasik Chini Berubah Wajah, Kenyataan JAS Mengelirukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 12:40PM

Keadaan air Tasik Chini ketika tinjauan semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - “Keadaan tasik ini sudah banyak berubah, banyak hasil ikan dari tasik ini juga sudah pupus akibat airnya yang keruh dan berkelodak,” demikian luahan Hassan Ismail dari suku kaum Jakun yang menetap di Kampung Gumum, dekat sini.

Dia yang berusia 36 tahun mengakui aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini sejak kira-kira 10 tahun lalu, banyak mengubah landskap tasik semula jadi terbesar di Semenanjung Malaysia itu.

“Seingat saya, ada antara lombong mula beroperasi sejak tahun 2009 dan sama ada mereka melombong secara sah atau haram, itu saya tidak dapat pastikan kerana mereka (pengusaha lombong) langsung tidak membenarkan kami memasuki kawasan operasi mereka.

“Keadaan air tasik ini juga sudah banyak berubah. Jika dahulu, kami boleh melihat sehingga ke dasar tasik, sekarang memang keruh dan keadaan ini bertambah teruk setiap kali musim tengkujuh,” katanya kepada Getaran.

Ketika ditanya mengenai laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang hari ini yang mengklasifikasikan status air di Tasik Chini sebagai bersih, Hassan yang turut dikenali dengan panggilan Joey meminta petugas JAS turun padang dan melihat sendiri keadaan tasik berkenaan.

“Saya tidak faham aspek teknikal yang mereka gunakan bagi mengukur tahap kebersihan air di sini, tapi saya sudah hidup berhampiran tasik sejak lebih 30 tahun lalu dan melihat dengan mata sendiri perubahan yang berlaku.

“Air tasik tidak lagi jernih seperti dulu malah ikan jenis jelawat dan belida yang menjadi sumber pendapatan kami juga sudah pupus, jadi apa logiknya mereka cakap air di sini bersih,” katanya kesal.

Hassan Ismail
Hassan Ismail

JAS Pahang semalam memaklumkan tahap kualiti air di tasik itu masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.

“Terdapat 15 stesen pemantauan kualiti air ditempatkan di Tasik Chini (Pekan) dengan kekerapan pemantauan sebulan sekali bagi setiap stesen,” katanya. 

Parameter utama diukur ialah Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Pepejal Terampai (SS), Nitrogen Amonia (AN) dan Besi (Fe), yang mana secara umumnya didapati bahawa data kualiti air bagi tahun 2020 sehingga Mac 2021 menunjukkan, kualiti air Tasik Chini dalam kategori bersih.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mencadangkan supaya JAS Pahang bertindak lebih profesional dan telus dengan memaparkan bacaan sebenar di 15 stesen pemantauan ditempatkan di Tasik Chini bagi tujuan pemerhatian umum. 

“Jika mereka betul-betul telus, inilah caranya dan kita minta JAS Pahang dan kerajaan negeri membuktikan komitmen mereka untuk memastikan tidak ada pencemaran baru yang berlaku di sekitar tasik ini. 

“Kita bimbang jika isu pencemaran ini berterusan, sudah pasti akhirnya boleh mengakibatkan status rizab biosfera diberikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dianugerahkan pada tahun 2009 ditarik balik,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan