web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Seret Kucing Akan Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 1:46PM

Suspek yang berusia 45 tahun akan didakwa di Mahkamah Teluk Intan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Lelaki yang dipercayai menyeret kucing di atas jalan raya sambil menunggang motosikal sehingga videonya tular di laman sosial akan didakwa Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya hari ini dan pihaknya mendapat arahan untuk mendakwa suspek di mahkamah.

Katanya, suspek yang berusia 45 tahun akan didakwa di Mahkamah Teluk Intan.

“Suspek akan didakwa Isnin ini mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing di atas jalan,” katanya di sini, hari ini.

Getaran pada Sabtu lalu melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeret kucing di atas jalan raya sambil menunggang motosikal sehingga videonya tular di laman sosial.

Video berdurasi 35 minit yang dirakam menunjukkan kucing itu diseret oleh suspek berkenaan dan majoriti netizen menyifatkan tindakan sebagai zalim serta meminta tindakan diambil terhadap lelaki terbabit.

Suspek bagaimanapun menafikan tindakan itu dan memberitahu yang dia tidak sedar kaki kucing berkenaan terkeluar dari sauk ketika hendak membuang haiwan berkenaan di kedai berhampiran. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Ni Baru Betul Majikan, Kasi Buai Satu Kali!

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi