web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP 3.0 Lanjut 2 Minggu Lagi - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 6:59PM

SOP yang dikenakan adalah sama seperti sebelum ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 untuk tempoh dua minggu lagi.

Lanjutan itu berkuat kuasa bermula 15 sehingga 28 Jun depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata lanjutan PKP 3.0 berkenaan dicadangkan kan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menurut beliau, ia selepas mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi, iaitu melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

“Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

“Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya di sini hari ini.

Ismail Sabri turut meluahkan harapan untuk orang ramai tidak lagi terkeliru dengan semua senarai positif, negatif dan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan ia masih sama seperti sebelum.

“Memandangkan semua sama seperti sebelum ini, maka saya berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa,” katanya.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP 3.0 susulan peningkatan mendadak kes hari COVID-19 di negara sehingga mencecah 9,000 kes.

PKP 3.0 dikuatkuasakan bermula 1 Jun lalu. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan