web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


241 Calon SPM 2020 Sabah Peroleh Semua A

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 9:03PM

Datuk Dr Mistirine Radin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 241 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di negeri ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistirine Radin berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 0.13 peratus iaitu seramai 43 orang berbanding 198 pada tahun sebelumnya.

“Ini merupakan peningkatan tahun ketiga berturut-turut selepas seramai 152 orang pelajar calon SPM memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun 2018.

“Daripada 66 mata pelajaran yang diambil pelajar di Sabah, 32 daripadanya mencapai 100 peratus lulus khususnya berkaitan subjek kemahiran seperti Tari, Muzik, Membuat Perabot, Pemprosesan Makanan, Grafik Berkomputer, Kimpalan Arka dan Gas serta Sains Rumah Tangga,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Mistirine menjelaskan perbezaan jurang peratusan lulus antara sekolah bandar dengan luar bandar semakin mengecil pada SPM 2020 iaitu 0.53 peratus, satu peningkatan yang baik berbanding sebelumnya iaitu 1.34 peratus.

“Sebanyak 211 buah sekolah di Sabah terbabit dalam peperiksaan SPM 2020 dengan 60 daripadanya terletak di kawasan bandar dan mencatatkan pencapaian lulus sebanyak 91.12 peratus.

“Manakala 151 buah lagi terletak di luar bandar dengan kadar kelulusan 90.59 peratus,” katanya.

Terdahulu, beliau menjelaskan terpaksa menangguhkan pengumuman SPM 2020 bagi negeri Sabah, semalam, kerana perlu menukar format pelaporan sedia ada.

“Ia hanya membabitkan majlis pengumuman keputusan, sebaliknya calon SPM boleh mula menyemak keputusan peperiksaan bermula, semalam, sama seperti calon di negeri lain,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan