web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Pukul Pelanggan, Polis Tahan 6 Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:18AM

Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan enam lelaki warga tempatan berhubung insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata mereka yang ditahan ialah lima penghantar makanan dan  pelanggan itu yang  berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada penghantar makanan berusia 19 tahun yang tidak berpuas hati dengan seorang pelanggan yang didakwa telah menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama. 

“Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan itu dan menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan tersebut. Keadaan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan lain yang seterusnya pergi ke rumah pelanggan berkenaan.

“Pelanggan yang berumur 29 tahun telah dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan tersebut (sehingga mengalami kecederaan) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Mohamad Fakhruddin berkata pihaknya telah menahan keenam-enam individu dan masih mengesan suspek lain yang masih bebas.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang- undang.

Beliau menasihati masyarakat agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau membuat provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa sehingga boleh menggugat ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat. 

“Sekali lagi masyarakat diingatkan agar tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad