web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Lelaki Ditahan Bersama 200 Mesin Bitcoin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sebanyak 200 mesin bagi aktiviti melombong mata wang digital bitcoin dengan nilai anggaran RM80,000 dirampas polis dalam serbuan terhadap tiga buah rumai kedai di sekitar Jelutong di sini  semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata polis berjaya membongkar kegiatan tersebut selepas menyerbu premis pertama di Jalan Perak pada jam 12.30 tengah hari ekoran laporan polis dibuat seorang penduduk di situ memaklumkan terdapat bunyi bising daripada rumah kedai tersebut.

"Dalam pemeriksaan itu, polis menahan empat lelaki tempatan berusia 20 hingga 35 tahun yang berada di premis tersebut dan pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pasukan polis bersama pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) mendapati sindiket berkenaan melakukan penyambungan elektrik secara haram," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Katanya soal siasat ke atas mereka yang ditahan itu, polis menyerbu dua lagi rumah kedai di kawasan Jelutong yang turut dijadikan tempat perlombongan bitcoin dengan melakukan penyambungan elektrik secara haram.

Katanya, kegiatan di tiga premis itu menyebabkan TNB menanggung kerugian kira-kira RM100,000 sebulan dan dipercayai sindiket tersebut telah menjalankan kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Katanya empat lelaki yang ditahan itu mendakwa mereka berperanan sebagai penyelenggara mesin bitcoin di tiga rumah kedai berkenaan dan dibayar upah RM3,000 sebulan setiap seorang oleh seorang lelaki yang menggajikan mereka.

"Seorang daripada lelaki itu memaklumkan dia telah bekerja sejak dua bulan lepas dan ketika memulakan kerja, semua mesin-mesin tersebut telah ada di rumah-rumah kedai berkenaan dan kami percaya sindiket tersebut telah menjalankan kegiatan tersebut lebih lama daripada itu," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang utama sindiket itu dan kemungkinan terdapat beberapa lagi premis lain yang dijadikan tempat perlombongan bitcoin oleh mereka.

Menurutnya tiga lelaki itu direman untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat menurut Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat penyambungan elektrik dan Seksyen 37 Akta Bekalan Letrik 1990 kerana menggunakan bekalan elektrik secara haram. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan