web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Mohamed Sapian Dilantik Pengarah Kesihatan Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 9:18AM

Dr. Mohamed Sapian (kiri) menerima penghargaan daripada Dr. Noor Hisham. - Gambar dari Facebook Noor Hisham Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed telah dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) yang baharu berkuatkuasa mulai 14 Jun 2021.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebelum ini Dr Mohamed Sapian merupakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang sejak tahun 2016.

Dr Mohamed Sapian menggantikan Dr Chin Zin Hing yang telah bersara wajib pada 21 Mei 2021. 

“Beliau merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan.

“Antara jawatan yang pernah disandang ialah Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, JKN Pahang,  Pengarah Hospital Jengka, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu.

"Pegawai Kesihatan (Epidemiologi) Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, Pegawai Kesihatan Daerah Bera dan Pegawai Kesihatan Daerah Rompin," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Dr Noor Hisham turut melahirkan harapan untuk melihat Dr Mohamed Sapian meneruskan kecemerlangan yang dibina selama ini.

"Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dapat diteruskan,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan