web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Warga Singapura Bimbang, Pasaran Hartanah Di Johor Jatuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 2:36PM

Gambar yang dirakamkan pada 22 April 2019 ini menunjukkan pemandangan bangunan kondominium di Johor Bahru. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ketika peniaga Singapura, Jonathan Gan membeli kondominium 4 bilik di Lovell Country Garden pada 2018, beliau menyangka sudah berhasil memiliki rumah persaraan idamannya.

Namun, hanya tiga tahun selepas itu, Gan yang membeli unit tersebut pada harga RM1 juta (S$322,728) kini mendapati sukar untuk menjualnya, meskipun harga yang ditawarkannya jauh lebih rendah berbanding harga yang dibelinya.

Gan adalah antara pemilik hartanah di Johor Bahru yang menghadapi kesulitan untuk menjual hartanah mereka disebabkan oleh pasaran suram dek kesan berlarutan COVID-19.

Kondominium di Johor Bahru dibina dengan para pembeli luar negara menjadi sasarannya tetapi selepas sempadan ditutup, banyak yang tidak terjual dan terbiar begitu saja.

BEKALAN BERLEBIHAN

Menurut statistik firma pakar runding Henry Butcher, nilai dan jumlah urus niaga hartanah kediaman di Johor semakin naik dari 2017 hingga 2019.

Namun, laporan itu mendapati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 adalah sebab utama yang mengubah trend tersebut.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020, jumlah dan nilai urus niaga jatuh hampir 25 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2019.

Penganalisis hartanah, Debbie Choy yang juga pengarah cawangan Knight Frank Malaysia di Johor berkata keadaan sekarang ini amat parah, khususnya bagi kondominium dan apartmen di mana terdapat bekalan berlebihan di kawasan Iskandar.

"Ramai pemaju menyasarkan para pembeli luar negara. Dengan kesan berpanjangan COVID-19 menyekat perjalanan, keadaan sangat mencabar untuk para pemaju atau pelabur untuk menjual atau menyewakannya," jelas Choy.

Ahli ekonomi politik dari syarikat Segi Enam Advisors, Khor Yu Leng berkata selain penutupan sempadan yang menghambat pembeli atau penyewa luar negara, penduduk tempatan juga sedang bergelut dengan kesan ekonomi COVID-19 dengan pendapatan mereka turut terjejas.

"Kuasa berbelanja bekas pengunjung Johor dan penduduk Singapura yang berulang-alik merentasi sempadan seminggu sekali sudah semakin melemah atau lenyap dari ekonomi Johor," kata beliau.

HARTANAH BERHALAMAN TURUT TERJEJAS

Selain kondominium dan apartmen, mereka yang memiliki hartanah berhalaman di Johor juga bimbang tentang nilai rumah yang kian menyusut.

Seorang rakyat Singapura yang hanya ingin dikenali sebagai Mustaqim yang memiliki rumah teres di Horizon Hills turut menyuarakan kebimbangannya terhadap nilai rumah yang semakin merosot sejak dibeli pada Julai 2017.

Beliau membeli rumahnya itu sedekad selepas ia dilancarkan pada harga sekitar RM1.8 juta.

"Disebabkan COVID-19, jiran-jiran saya yang juga rakyat Singapura menjual rumah mereka pada harga RM1.1 juta hingga RM1.2 juta. Ia menjejas harga pasaran tetapi saya dapat memahami mengapa ia berlaku disebabkan oleh penutupan sempadan.

"Saya bimbang trend ini akan berpanjangan dan nilai rumah saya akan semakin jatuh. Jika berlaku sedemikian, saya akan memiliki aset yang semakin susut nilainya," katanya. - CNA/SM/sm
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan