web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Golongan M40, T20 Yang Terkesan Layak Mohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman - AIBIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 4:27PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas pendapatan akibat daripada pandemik COVID-19 ataupun perintah kawalan pergerakan termasuk daripada kumpulan M40 dan T20 layak memohon bantuan bayaran balik pembiayaan, kata Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

Presiden AIBIM Datuk Adissadikin Ali berkata kelayakan tersebut adalah selari dengan pembentangan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 PEMERKASA Tambahan yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun.

Menurutnya, bank-bank ahli AIBIM telah merangka proses pengesahan dan keperluan dokumentasi yang ringkas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan bayaran balik pembiayaan itu.

“Bagi para pelanggan, selain daripada kategori yang dinyatakan di atas, sekiranya menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik atau PKP, tidak kira sama ada individu atau perniagaan, boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan berkaitan dengan skim penjadualan semula dan penstrukturan semula yang bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adissadikin berkata bagi pemohon dalam kumpulan M40 dan T20 yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 atau 2021 dan masih belum bekerja sewaktu memilih bantuan, kelulusan adalah secara automatik

Bantuan yang diberikan adalah tiga bulan penangguhan bayaran balik pembiayaan, atau pengurangan bayaran balik pembiayaan sebanyak 50 peratus selama enam bulan, katanya.

Menurutnya, bagi pemohon yang masih bekerja namun mengalami pengurangan jumlah pendapatan, mereka ditawarkan bantuan pengurangan bayaran balik pembiayaan selama enam bulan mengikut jumlah pengurangan pendapatan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad