web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gaduh Sebab Agama, Penghantar Makanan, Pelanggan Direman 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 5:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam lelaki iaitu seorang pelanggan dan lima penghantar makanan direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika ini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi membolehkan pihaknya melengkapkan kertas siasatan.

Beliau turut meminta orang ramai memberi ruang dan masa kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Beri polis masa dan ruang untuk siasat kes ini secara menyeluruh.

"Kita akan maklumkan sekiranya ada tangkapan baharu atau ada pihak yang dikehendaki bagi membantu siasatan," katanya kepada media hari ini.

Semalam, polis menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun yang tidak berpuas hati dengan seorang pelanggan kerana didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan itu dan menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan tersebut.

Keadaan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan lain yang seterusnya pergi ke rumah pelanggan berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan. - Getaran, 12 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad