web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksinasi: KDN Minta UNHCR Serah Senarai Pemegang Kad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 5:32PM

KDN telah mengenal pasti hampir 2.5 juta warga asing di negara ini, yang memegang pelbagai dokumen dikeluarkan kerajaan atau UNHCR untuk diberikan vaksin COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UHNCR), menyerahkan senarai dan maklumat pemegang kad suruhanjaya itu, untuk pelaksanaan proses vaksinasi golongan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketika ini, pihaknya hanya dimaklumkan mengenai jumlah pemegang kad UNHCR iaitu 178,715 orang, namun tiada maklumat lanjut mengenai lokasi keberadaan mereka.

“Sekiranya UNHCR dapat menyediakan maklumat lengkap, ia akan memudahkan usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok, bagi menyekat penularan pandemik COVID-19 dalam negara,” katanya dalam sidang media rangkuman Operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh, di sini hari ini.

Hamzah berkata KDN telah mengenal pasti hampir 2.5 juta warga asing di negara ini, yang memegang pelbagai dokumen dikeluarkan kerajaan atau pihak ketiga seperti UNHCR, termasuk banduan dan tahanan imigresen untuk diberikan vaksin COVID-19.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, untuk memastikan warga asing menerima vaksin.

“Saya ingin jelaskan, rakyat negara ini perlu faham kalau kita ingin capai imuniti kelompok, semua warga asing di negara ini perlu diberi suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Bagi warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah dan ingin pulang ke negara asal, Hamzah berkata mereka boleh berbuat demikian melalui Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin, yang diperkenalkan tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan