web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedudukan tempoh Darurat: Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 6:40PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk meneruskan peranannya menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku ketua negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata ini selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan memfokuskan langkah khusus dan tepat bagi mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat secara efektif.

"Ia (nasihat kepada Seri Paduka) setelah mengambil kira semua keadaan semasa serta faktor-faktor berkaitan termasuk keselamatan orang ramai, aspek sosial dan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan berkenaan susulan laporan media yang memetik Ketua  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai berkata sekiranya Proklamasi Darurat yang kini berkuat kuasa diangkat, maka tiada apa yang dapat menghalang Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sebelum ini tertangguh, daripada diadakan.

Dr Noor Hisham turut dilapor menyatakan bahawa kini hanya Al-Sultan Abdullah mempunyai budi bicara sama ada keadaan darurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos ini perlu diteruskan atau tidak.

Darurat diisytiharkan untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Pada 8 Mei, Bernama melaporkan Dr Noor Hisham berkata dengan adanya Ordinan Darurat, sebanyak tiga PRK tidak diadakan iaitu PRK Batu Sapi, Bugaya dan Gerik, selain PRN Sarawak.

Di bawah Ordinan Darurat, Pilihan Raya Umum (PRU), PRN dan PRK tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.

Sementara itu, Takiyuddin berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kesemua mekanisme yang wujud dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara akan diikuti dalam membuat apa-apa keputusan mengenai darurat.

Katanya Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Al-Sultan Abdullah atas nasihat Jemaah Menteri sebelum ini, adalah selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan merupakan asas tanggungjawab utama serta khusus kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 bagi memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat terus dipelihara.

"Oleh yang demikian, persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat pada tarikh tersebut diteruskan atau tidak atas budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang dibangkitkan, tidak seharusnya timbul," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan