web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Tutup Di Hari Temu Janji, JKJAV, Apa Sudah Jadi?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 4:04PM

Haresh memaklumkan ibunya mendapat temujanji untuk suntikan vaksin COVID-19 hari ini di Pusat Konvensyen Sunway, namun pusat berkenaan ditutup, sekali gus bercanggah dengan maklumat dalam MySejahtera. - Gambar dari Twitter Haresh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika kerajaan melaungkan keperluan untuk semua rakyat mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus dipersoalkan.

Bukan sedikit isu yang timbul berhubung perjalanan PICK, khususnya membabitkan rakyat marhaen.

Aspek pendaftaran yang caca marba dan pelbagai masalah teknikal termasuk membabitkan aplikasi MySejahtera antara isu sering dibangkitkan mutakhir ini.

Terbaru, penulis sukan Haresh Deol dalam ciapan di Twitter mempersoalkan percanggahan maklumat pada aplikasi MySejahtera milik ibunya dan realiti sebenar dialami di pusat pemberian vaksin (PPV) hari ini.

Menurut beliau, temu janji ibunya ditetapkan pada jam 2.30 petang hari ini di Pusat Konvesyen Sunway.

"Kami tiba di PPV seperti diarahkan, malangnya pusat itu ditutup.

"Temu janji dipaparkan pada aplikasi MySejahtera ibu saya adalah pada jam 2.30 petang hari ini di Pusat Konvesyen Sunway," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Haresh berkata, beliau telah menghubungi talian khidmat pelanggan di nombor 1 800 88 8828 namun diberitahu, ia hanya beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu.

"Apa yang patut saya buat JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19) ?" katanya.

Ciapan Haresh pada jam 1.47 petang itu menerima maklum balas JKJAV kira-kira 12 minit kemudian yang meminta penulis terbabit menghubungi jawatankuasa berkenaan pada kadar segera.

Seorang pengguna, Syezzy mendakwa, ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku ke atas penerima vaksin.

Beberapa pengguna juga berkata, JKJAV gagal memberikan respon atas beberapa masalah berkaitan pemberian vaksin.

"Saya hantar mesej kepada anda tapi masih tidak mendapat jawapan sehingga hari ini," kata Alawiyah Yussof dalam ciapannya.

Di saat negara masih berperang dengan penularan COVID-19, komplikasi melatari proses pemberian vaksin jelas mengecewakan, malah akan menjadi modal untuk golongan tidak bertanggungjawab mempromosikan dakyah mereka.

Jika itu sampai berlaku, Malaysia nampaknya sudah boleh melupakan hasrat membina imuniti kelompok, apatah lagi dengan kadar pendaftaran vaksin yang masih rendah. - Getaran, 13 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad