web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Van Jenazah Sukarelawan COVID-19 Kemalangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 9:58PM

Van jenazah Abam Botak mengalami kerosakan teruk selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Liela, Sandakan, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Tiga sukarelawan van jenazah Abam Botak yang menguruskan pesakit COVID-19 menempuh detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka kemalangan di Jalan Liela, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke Hospital Duchess Of Kent selepas menguruskan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bokara, Batu Sapi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Azhar Hamin berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, van jenazah yang dinaiki kumpulan sukarelawan itu hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh.

"Akibat kejadian tersebut, kenderaan mangsa merempuh sebuah van lain yang berada di bahu jalan.

"Mangsa semua selamat dan mengalami cedera ringan serta dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

3 sukarelawan Van Jenazah Abam Botak yang menguruskan jenazah mangsa COVID-19 cedera selepas kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan di Jalan Liela, Sandakan, semalam.
3 sukarelawan Van Jenazah Abam Botak yang menguruskan jenazah mangsa COVID-19 cedera selepas kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan di Jalan Liela, Sandakan, semalam.

Berdasarkan rekod, sukarelawan Van Jenazah Abam Botak merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi bantuan penghantaran jenazah secara percuma dari Sandakan sehingga ke kawasan pedalaman.

Mereka turut terbabit membawa jenazah yang disahkan positif COVID-19 sekitar Sandakan untuk urusan pengebumian. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan