web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GPS Kemuka 3 Faktor Penting Perangi COVID-19 Ketika Sesi Menghadap Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 2:17PM

Datuk Patinggi Abang Johari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan tiga faktor penting ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Faktor berkenaan ialah mencapai imuniti kelompok, kerajaan yang kuat dan stabil dan pelan pemulihan ekonomi ketika memerangi wabak COVID-19.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sesi menghadap yang berlangsung secara persidangan video dan diketuai oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu, gabungan kerajaan negeri itu memaklumkan bahawa program vaksinasi di Sarawak akan dipercepat dan diselesaikan pada Ogos untuk mencapai imuniti kelompok.

“Keperluan kerajaan yang kuat dan stabil penting untuk memastikan pelaksanaan program dan ekonomi COVID-19 agar mempunyai asas yang baik selain pelaksanaan Pelan Pemulihan Ekonomi pasca-COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang menyatakan persetujuan bersama-sama Abang Johari, yang juga Ketua Menteri yang telah mengemukakan perkara penting kepada Seri Paduka Baginda.

“Kami sesungguhnya bersetuju terhadap tiga faktor itu dalam memerangi COVID-19 dan kaedah mengawal ekonomi yang telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong semasa sesi menghadap hari ini,” menurut mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan