web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fasa Keempat PICK Diaktif, Kawalan Wabak Sektor Industri - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 3:27PM

Khairy Jamaluddin ketika sidang media mengenai perkembangan PICK selepas menghadiri mesyuarat bersama JKJAV hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan fasa keempat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), iaitu kawalan wabak kepada sektor industri yang beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat secara bersama oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV).

Beliau berkata, fasa kawalan wabak di kawasan industri itu akan dimulakan dengan beberapa sektor terutamanya perkilangan yang akan diselaraskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Pada minggu ini, satu usaha Pusat Pemberi Vaksin (PPV) industri akan diselaraskan oleh MITI terutamanya bagi sektor perkilangan yang beroperasi ketika PKP.

“Selepas itu, kita akan buka PPV untuk sektor lain termasuk pembinaan, perladangan seterusnya peruncitan dan hospitaliti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Khairy, perkara tersebut akan digerakkan secara berperingkat untuk memastikan semua sektor yang beroperasi ketika PKP dapat diberi perlindungan melalui program vaksinasi.

Mengulas lanjut beliau berkata, vaksinasi untuk sektor ekonomi adalah kritikal kerana ia menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara dan penting untuk mengimbangkan lives and livelihood dalam fasa kawalan wabak.

“Mengikut data kes positif COVID-19 semalam, 11 daripada 15 kluster baharu adalah kluster tempat kerja yang melibatkan kes aktif sehingga 200 kes.

“Sebab itulah kita mengambil keputusan untuk mengaktifkan fasa kawalan wabak digerakkan secepat mungkin dalam kalangan industri untuk memastikan kluster tempat kerja dapat dibendung untuk mengawal penularan wabak COVID-19,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan