web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19 Terbukti Selamat, Hanya 0.09 Kes Serius Untuk 1,000 Dos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 5:15PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya 0.09 laporan diterima Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi setiap 1,000 dos vaksin diklasifikasikan sebagai kes serius sehingga memerlukan rawatan hospital.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, berkata 4.2 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan sehingga 12 Jun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, 29.3 respon kendiri bagi setiap 1,000 dos telah diterima melalui aplikasi MySejahtera yang merangkumi kesan mudarat biasa.

“Kesakitan yang dilaporkan adalah kesakitan di tempat suntikan, sakit kepala, keletihan dan juga kesan mudarat yang merupakan perkara biasa dialami penerima vaksin,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 2.4 laporan diterima bagi setiap 1,000 dos berdasarkan laporan sedia ada melalui sistem pemantauan Kesan Sampingan Vaksin (AEFI) NPRA.

“Daripada pelaporan ini, hanya 0.09 kes bagi setiap 1,000 dos vaksin diklasifikasikan sebagai serius yang memerlukan rawatan lanjut dan dimasukkan ke hospital.

“Bagaimanapun, sebilangan besar kes tersebut hanya memerlukan kemasukan jangka pendek ke hospital dan dibenarkan discaj setelah pemerhatian dan rawatan yang sesuai diberikan,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan