web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Maklumat Jelas, Bekalan Makanan Di Labuan Kian Meruncing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 9:38PM

Penduduk di Labuan bimbang, bekalan makanan habis di semua pasar raya dan kedai runcit susulan PKPD yang akan bermula esok hingga 28 Jun ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kekurangan penyampaian maklumat yang jelas dan kawalan ketat sempadan di Sabah menjadi antara punca bekalan makanan 'licin' di semua pasar raya dan kedai runcit, di sini, Sabtu lalu.

Seorang penduduk, Azliana Amri, 23, berkata, orang ramai mula melakukan pembelian barang keperluan sebagai persiapan awal sebaik kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Labuan bermula esok sehingga 28 Jun depan.

"Ketika itu, terdapat maklumat mengatakan semua kedai yang terletak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut diarahkan tutup sepanjang pelaksanaannya, menyebabkan orang ramai membeli bekalan lebih banyak berbanding biasa.

"Pada masa sama, tiada arahan atau prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan dari pihak berkuasa menyebabkan orang ramai tiada rujukan atau panduan khusus sepanjang PKPD nanti,” katanya.

Orang ramai beratur untuk membeli tong gas LPG.
Orang ramai beratur untuk membeli tong gas LPG.

Keadaan itu jelas Azliana, menyebabkan hampir semua barang keperluan asas makanan seperti beras, minyak masak, gula dan makanan tin termasuk tong gas LPG habis diborong pembeli.

Perkara tersebut diakui Zhaijim Sani, 36, yang mahukan kerajaan mengambil tindakan drastik mengatasi masalah penduduk Labuan.

"Jika diperhatikan masalah kekurangan bekalan bermula sejak Sabah mengetatkan syarat masuk sempadan bulan lalu bagi mengekang penularan COVID-19.

"Saya berharap perkara ini menjadi keutamaan kerajaan untuk mengambil langkah proaktif bagi mengatasi bekalan keperluan penduduk dengan kadar segera," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Penduduk Labuan, Mohd Dzulfaizal Abd Manan berkata, banyak pasar raya utama ditutup bagi tujuan sanitasi, menyebabkan orang ramai terpaksa menyerbu kedai runcit untuk mendapatkan bekalan makanan.

"Pada masa sama sekatan keluar masuk Sabah-Labuan termasuk mewajibkan pembawa barang menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) sebelum memasuki wilayah itu turut memberi kesan kepada bekalan barangan keperluan yang dihadapi ketika ini.

"Permintaan tinggi terhadap barangan keperluan ini turut disebabkan sekatan pergerakan penuh di lapan kawasan penduduk padat, seterusnya mengakibatkan kenaikan harga berlaku," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati, SOP PKPD mula dimuat naik di laman Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan sekitar jam 5.30 petang tadi.

Ia termasuk kebenaran beroperasi beberapa aktiviti ekonomi, termasuk premis makanan, kedai runcit dan pasar raya bermula jam 6 pagi hingga 6 petang. – Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Selamatkan Lebih 100 Rumah Kayu

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan