web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebakaran Tanah Gambut, Operasi Memadam Api Masih Berterusan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 3:30PM

Usaha memadam kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Kampung Balai Besar giat dilakukan bomba sejak semalam dari terus merebak hingga kawasan penempatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Usaha memadam kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Kampung Balai Besar diteruskan tanpa henti oleh pihak bomba sejak petang semalam.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, pihaknya berusaha mengawal kebakaran kerana khuatir ia akan merebak ke  kawasan penempatan yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan hutan itu.

Menurut beliau, kebakaran berkenaan pada mulanya hanya meliputi kawasan seluas empat hektar, sebelum merebak kepada lima, menjelang pagi tadi.

“Kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 3.47 petang semalam dan apabila tiba di tempat kejadian, ia semakin besar.

“Ada kawasan yang api mulai padam pada permukaan, namun masih terdapat sisa-sisa bara di bahagian dalam tanah yang berisiko untuk mencetuskan kebakaran sekali lagi,” katanya kepada media di sini hari ini.

Azman berkata, kesihatan penduduk setempat juga dikhuatiri akan terjejas sekiranya kebakaran berkenaan berterusan berlaku.

“Kita juga bimbang jika kebakaran berterusan dalam tempoh lama, ia akan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar akibat terhidu bau asap," katanya.

Beliau memberitahu, seramai 31 anggota bomba digerakkan untuk terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

“Bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran, namun percaya ia berpunca dari tempat pelupusan sampah dan pembakaran terbuka.

“Menerusi tinjauan dilakukan, kita menemui beberapa tempat pelupusan sampah dan pembakaran secara terbuka, dipercayai dilakukan secara haram,” katanya. - Getaran, 15 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan