web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Tunggal Dakwa Dirogol Polis, Dihadap Di Mahkamah Tuduhan Edar, Miliki Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 3:36PM

Ibu tunggal yang mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai polis semasa dalam tahanan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, di sebuah rumah awal bulan ini. Wanita yang berusia 28 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama bekas suaminya yang berumur 29 tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal yang mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai polis semasa dalam tahanan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, di sebuah rumah awal bulan ini.

Wanita yang berusia 28 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama bekas suaminya yang berumur 29 tahun. Mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 61 gram (g) di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong dekat sini pada 4.20 petang, 4 Jun lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mereka juga dituduh memiliki dadah jenis sama dengan berat 13.6g pada tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan, manakala wanita dan lelaki itu tidak diwakili peguam dan 15 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Pada 9 Jun lepas, dilaporkan seorang pegawai polis ditahan reman bagi membantu siasatan kes seks oral dan rogol melibatkan ibu tunggal itu di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, pada 5 Jun lalu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan