web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Saman Eizlan Yusof Terhadap Hans Isaac Dicadang Rujuk Pusat Mediasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 6:10PM

Hans Isaac (kiri) dikatakan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Eizlan Yusof. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang juga pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap rakan seperjuangannya, Datuk Hans Isaac dirujuk ke Pusat Mediasi untuk penyelesaian.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 50, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman terhadap bekas Pengerusi Finas, Gerald Hans Isaac atau Hans Isaac, 50, sebagai defendan  berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa bagi mendapatkan dana untuk syarikat produksi, Excellent Pictures Sdn Bhd.

Peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Eizlan ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Datuk Azimah Omar mencadangkan agar kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, atau apa-apa cara penyelesaian sekiranya sesuai dan dipersetujui oleh mereka.

“Pada prosiding pengurusan kes hari ini, mahkamah juga menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 12 Ogos secara dalam talian untuk kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan mengenai perkara itu (penyelesaian),” katanya yang turut memaklumkan prosiding secara dalam talian itu disertai seorang lagi peguam Eizlan iaitu Noor Azfar Azmi serta Isa Aziz Ibrahim mewakili Hans Isaac.

Dalam tuntutan saman difailkan pada 8 Februari lepas, Eizlan mendakwa pada 16 November 2020, jam 9.13 malam, Hans Isaac telah mengungkap, menerbit, mengeluar dan menyiarkan kata-kata fitnah dalam satu kumpulan WhatsApp “Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)” yang mempunyai 200 ahli terdiri daripada penerbit-penerbit filem dan drama televisyen serta penggiat industri seni termasuk plaintif dan defendan yang kemudiannya tersebar ke media sosial lain.

Dakwa Eizlan kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud, beliau memegang jawatan ahli lembaga pengarah Finas dengan mengambil kesempatan atau menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bantuan dana daripada kerajaan untuk syarikat Excellent Pictures, sedangkan beliau tiada kena-mengena dengan syarikat terbabit dalam apa jua kapasiti dan tindakan defendan itu menyebabkannya kehilangan maruah, dihina dan dijauhi masyarakat umum.

Plaintif antaranya menuntut ganti rugi am untuk ditaksir tidak kurang daripada RM2 juta, ganti rugi teruk dan teladan selain menuntut defendan membuat permohonan maaf.

Hans Isaac menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 17 Mac lalu berkata dakwaan plaintif bahawa beliau tiada kena-mengena dengan Excellent Pictures adalah tidak benar kerana walaupun plaintif tidak mempunyai sebarang jawatan atau pemegang saham di syarikat itu, namun beliau pernah berlakon dalam filem serta siri drama yang diterbitkan oleh syarikat tersebut.

Defendan mendakwa beliau hanya menghantar suatu ungkapan kata ke dalam kumpulan WhatsApp yang mana ia adalah satu kumpulan tertutup dan sebarang informasi atau apa-apa perkara yang tersebar keluar dari kumpulan WhatsApp itu adalah tanggungjawab pentadbir kumpulan kerana mereka merupakan pencipta kumpulan WhatsApp itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan