web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbincangan Khas Majlis Raja Raja Selesai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 7:32PM

Pintu gerbang utama Istana Negara ditutup. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja selesai apabila Raja-Raja Melayu dilihat berangkat meninggalkan perkarangan Istana Negara pada jam 7 petang tadi.

Konvoi yang membawa Raja-Raja Melayu bergerak meninggalkan Istana Negara, bermula dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Ia diikuti dengan konvoi membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan meninggalkan Istana Negara.
Kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan meninggalkan Istana Negara.

Turut berangkat pulang ialah Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan terakhir, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pintu 1 Istana Negara kemudiannya ditutup pada jam 7.07 petang.

Kenderaan yang membawa Sultan Terengganu meninggalkan Istana Negara.
Kenderaan yang membawa Sultan Terengganu meninggalkan Istana Negara.

Terdahulu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berangkat meninggalkan Istana Negara lebih awal iaitu pada jam 5.15 petang, difahamkan atas urusan peribadi.

Turut hadir pada perbincangan khas itu adalah ketua agensi kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali M; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus  Harun.

Kenderaan yang membawa Sultan Selangor meninggalkan Istana Negara.
Kenderaan yang membawa Sultan Selangor meninggalkan Istana Negara.

Perbincangan Khas itu yang juga inisiatif Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah diadakan bagi membincangkan usaha memerangi pandemik COVID-19 di negara termasuk pelaksanaannya ketika tempoh darurat yang sedang berjalan ketika ini. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan