web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Junjung Kasih, Sokong Pendirian Agong Agar Parlimen Segera Bersidang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:57AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin jelas membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan baginda dan Raja-Raja Melayu terhadap keresahan rakyat mengenai pelbagai krisis yang sedang melanda negara, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata UMNO menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Seri Paduka itu dan beliau amat menghargai kecaknaan baginda yang mengambil kira segala isu serta pendirian parti yang dipersembah ketika sesi menghadap pada 11 Jun lepas.

"Dalam sesi menghadap tersebut, saya turut menjelaskan bahawa Parlimen harus dibenarkan berperanan sebagai platform rasmi menyuarakan pelbagai suara hati rakyat yang sedang dalam kesempitan seperti tuntutan moratorium automatik secara pukal, kawalan harga barang, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai bantuan khas kepada rakyat sekali gus memulihkan semula ekonomi negara.

"UMNO juga turut mempersembah pendirian berkenaan dengan keperluan untuk darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara sedangkan tanpa darurat, kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan pandemik COVID-19," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.

Semasa Persidangan Raja-Raja Melayu petang tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Perjumpaan itu dihadiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Selangor, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Pemangku Raja Pahang dan Raja Perlis yang diwakili oleh Raja Muda Perlis. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan