web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Tawar Kerja Menerusi E-Dagang Ditumpaskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 8:17AM

Polis menahan 20 individu yang disyaki terlibat dalam sindiket e-dagang di 3 premis di ibu kota, Isnin lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menumpas satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata dalam serbuan pada pukul 5.00 petang itu, pihaknya telah menahan 15 lelaki dan tiga wanita tempatan, serta seorang lelaki dan seorang wanita warganegara China; dan merampas 19 buah komputer riba serta 147 unit telefon bimbit.

“Modus operandi sindiket ini ialah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp, dan mangsa yang berminat dengan tawaran kerja berkenaan kemudian diarahkan oleh sindiket ini membeli barangan di platform e-dagang dan dijanjikan komisen bagi setiap pembelian.

“Mangsa seterusnya diarah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh sindiket ini bagi pembelian barangan itu dan sindiket ini kemudiannya akan menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua individu itu direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Mahidisham berkata statistik pihak polis menunjukkan sejak Mac hingga 15 Jun lepas sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes penipuan tawaran kerja menggunakan platform e-dagang dengan kerugian dianggarkan RM394,064.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dengan tidak mendedahkan identiti diri kepada individu yang baru dikenali, memeriksa latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan serta membuat semakan akaun bank sebelum melakukan transaksi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad