web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terlepas Peluang Ke Mekah, Dr Zulkifli Bertemu Bakal Jemaah Secara Maya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 3:50PM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan khas secara maya dengan bakal jemaah haji yang terlepas peluang menunaikan ibadah itu pada tahun ini, melalui program Lambaian Rindu Baitullah, Isnin depan. 

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Zulkifli berkata  program dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) itu akan memfokuskan pada emosi dan mental bakal jemaah haji terlibat selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19. 

“Dalam pertemuan itu, saya akan berbincang dari hati ke hati dengan bakal jemaah haji tentang penangguhan haji yang telah masuk tahun kedua ini. Hal ini penting bagi memberikan semangat kepada bakal jemaah haji. 

“Pertemuan secara maya akan diselaraskan oleh TH di seluruh negara dan akan disertai jemaah yang pernah mengikuti kursus haji dalam talian sebelum ini,” katanya.

Pada 12 Jun lepas, Malaysia menyatakan akur dengan keputusan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah itu dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara itu.- Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan