web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,000 Penduduk Dari 4 Kampung Serbu PPV Baharu Di Labuan Untuk Vaksinasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 6:40PM

1,000 penduduk dari 4 kampung membanjiri PPV yang baharu dibuka di Dewan Mutiara LMC hari ini bagi mendapatkan vaksin COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seramai 1,000 penduduk dari empat kampung di sini berpusu-pusu ke pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 baharu di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) yang mula beroperasi, hari ini.

Majoriti penduduk yang hadir terdiri daripada individu yang telah mendaftar melalui MySejahtera, namun belum menerima janji temu dan tersenarai untuk menerima vaksin secara jumpa terus (walk-in) yang diuruskan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Kampung terlibat dalam pusingan pertama pemberian vaksin hari ini ialah Kampung Pohon Batu, Manikar, Lubok Temiang dan Ganggarak.

"Hanya individu yang namanya disenaraikan oleh ketua kampung atau pengerusi jawatankuasa penduduk akan dibenarkan masuk ke PPV," kata Pengerusi MPP Mohd Dzulfaizal Abd Manan kepada Bernama di PPV LMC, di sini.

Beliau berkata, vaksinasi secara jumpa terus bagi nama yang disenaraikan oleh MPP bermula dari 8 pagi hingga 3 petang, manakala bagi individu lain bermula dari 3 hingga 4 petang.

Pusingan kedua vaksinasi secara jumpa terus esok, melibatkan empat kampung lain iaitu Kampung Lajau, Bukit Kuda, Kerupang dan Pantai. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan