web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petik Nama Yang di-Pertuan Agong, Bukit Aman Siasat Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 7:24PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman sedang menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berhubung kenyataannya terhadap pandangan Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembukaan Parlimen secepat mungkin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya mengesahkan telah menerima laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Sekiranya diperlukan, individu-individu yang berkaitan dengan siasatan berkenaan akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya sebentar tadi.

Semalam, satu laporan polis dibuat oleh Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan terhadap Takiyuddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Laporan polis berkenaan dipercayai merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh Takiyuddin, semasa program Bicara Harakah bertajuk 'Proklasmasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' yang disiarkan secara maya, Rabu lalu.

Dalam program itu, Takiyuddin dipetik sebagai berkata, "Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah 'persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin'.

Ia disusuli satu kenyataan lain yang turut memetik nama baginda.

"Yang di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin," kata Takiyuddin dalam bual bicara itu.  - Getaran, 18 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan