web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sasaran Imuniti Kelompok Mengikut Jadual - PM Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 2:55PM

Muhyiddin bertanya khabar penerima vaksin ketika membuat lawatan ke PPV di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sasaran negara untuk mencapai tahap imuniti kelompok seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara, dapat disempurnakan susulan penambahan bekalan vaksin COVID-19 oleh pembekal utama negara.

Beliau berkata ke arah inisiatif ini, kerajaan akan berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan bekalan berkenaan tiba ke negara ini mengikut jadual.

“Saya sedar di luar sana ramai yang bertanya, kenapa tak buat itu, kenapa tak buat banyak-banyak lagi, saudara Khairy (Khairy Jamaluddin) dah maklumkan berkali-kali memang kita boleh buat kalau banyak vaksin... kemudian kita terhad dan terbatas bukan kerana kita tak nak atau kerajaan sekat, tidak, kita kalau boleh nak habiskan semua dalam sebulan dua ni.

“Tetapi kita tak boleh kawal yang itu (bekalan vaksin) kerana pembekalnya datang daripada luar negara, jadi terpaksalah kita tunggu giliran kita, tapi dah terjamin bekalan itu akan tiba dalam satu masa yang telah dijadualkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah proses pendaftaran vaksinasi perlu dipertingkatkan.

“Sekarang ini dah diberikan banyak kemudahan, boleh daftar secara MySejahtera, ‘online’ atau secara fizikal, atau kalau dah ada di tempat mereka itu PPV mikro yang dibuat sampai di kampung, masjid, surau, mereka boleh turun sahaja ke situ, bawa IC (kad pengenalan diri) dan akan didaftarkan dan nama yang dah dapat itu akan dimasukan ke dalam sistem MySejahtera,” katanya.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan, yang membantu melancarkan proses vaksinasi di PPV.

“Saya lihat tadi bersemangat, pagi-pagi datang sampai lewat petang dan malam, bekerja.

“Jumlah yang kita perlukan masih ramai, jadi kalau boleh mereka tampil ke depan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan, dan boleh mempermudah dan mempercepatkan proses vaksinasi kita,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan