web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Lihat Frasa ‘Secepat Mungkin’ Dari Aspek Legalistik - Shamrahayu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 3:52PM

Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Frasa ‘secepat mungkin’ yang digunakan Yang di-Pertuan Agong dalam menzahirkan pandangan berhubung persidangan Parlimen, tidak perlu dilihat dalam bentuk legalistik.

Pakar Perlembagaan Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah itu tidak semestinya dibahaskan mengikut sudut legalistik.

Beliau berkata, titah diraja tidak terikat dengan pemahaman perundangan semata-mata terutamanya apabila ia berkaitan dengan peringatan atau mesej untuk bacaan umum.

“Dalam konteks keadaan semasa, frasa ‘secepat mungkin’ boleh difahamkan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi penekanan terhadap keperluan semasa, bagi menangani kesan pandemik terhadap masyarakat umum tatkala negara dan rakyat dalam keadaan suntuk untuk kembali pulih ke kehidupan pra-pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran bertajuk ‘Isu Persidangan Parlimen - Boleh atau tidak? Bila? Siapa yang tentukan tarikh?’ yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Penyandang Kerusi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, ia adalah persoalan utama yang timbul apabila Seri Paduka dalam titah baginda pada Rabu lalu menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan semua Ahli Dewan Rakyat.

Sementara itu, Shamrahayu dalam penulisan sama berkata, pandangan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong berhubung keperluan untuk memiliki pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif juga perlu dijadikan rujukan semua pihak.

“Ia termasuklah pihak kerajaan, wakil rakyat daripada pelbagai dimensi fahaman politik dan juga rakyat sekalian,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad