web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amang Seksual Pada Anak Tiri, Buruh Indonesia Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 4:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun kira-kira empat tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 53 tahun itu didakwa dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, tertuduh didakwa mencabul mangsa antara 1 September hingga 1 November 2017 pada jam lapan malam di sebuah rumah di Kampung Wakaf Mempelam di sini.

Bagi pertuduhan pertama, suspek didakwa melakukan perbuatan itu kepada anak tirinya dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.

Pertuduhan kedua dan ketiga pula suspek didakwa menghisap dan menyentuh kemaluan kanak-kanak tersebut.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 25 Julai depan. - Getaran, 20 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan