web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gelaran Dato Ditarik, Farid Kamil Hormat Keputusan Istana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Feb 2021 10:13PM

Farid Kamil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Nama Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil tidak asing dalam industri hiburan tanah air, hasil lakonan cemerlangnya dalam pelbagai genre filem.

Pembabitan beliau itu membawa kepada penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Istana Abu Bakar, yang membawa kepada gelaran Dato.

Suami kepada aktres terkenal, Diana Danielle itu bagaimanapun dicemari kontroversi, susulan kekasaran yang dilakukan ke atas seorang anggota polis trafik, di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Jan 2018.

Terbaru, nama beliau sekali lagi menjadi sebutan susulan penarikan semula darjah kebesaran diterimanya.

Pengumuman berkenaan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menerusi satu kenyataan hari ini.

"Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan," kata kenyataan itu.

Serentak dengan itu, Farid Kamil tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran berkenaan, dan perlu mengembalikan semula Darjah Kebesaran terbabit kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan serta merta.

Dalam perkembangan berkaitan, Farid Kamil menerusi satu kenyataan berkata, keputusan kerajaan negeri Pahang itu diterimanya dengan penuh rasa hormat.

"Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran DIMP yang membawa gelaran Dato' kepada saya," katanya.

Menurut Farid Kamil, beliau amat berbangga dan berbesar hati dengan gelaran yang diterimanya itu selama ini.

"Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu," katanya.

Selain Farid Kamil, seorang lagi selebriti, Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman turut berdepan tindakan sama.

Juga berada dalam senarai ialah tiga ahli perniagaan iaitu Wong Shee Kai @ Ricky, Tran Thi Mai @ Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman. - Getaran, 10 Februari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka