web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gara-gara Tik Tok, Isteri Maut Ditumbuk Suami

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 8:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-Gara video Tik Tok, seorang wanita warga Indonesia maut selepas disyaki ditumbuk dan ditampar suaminya di sebuah flat di Petaling Jaya di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 10 malam itu, pasangan tersebut bergaduh selepas mangsa, yang merupakan isteri pertama suspek dan berusia 40 tahun, melihat suaminya bermain Tik Tok bersama isteri kedua lelaki itu.

“Ekoran itu, mangsa yang melihat rakaman video Tik Tok suaminya bersama isteri kedua terus memarahi suspek sebelum ditumbuk dan ditampar berkali-kali sehingga mangsa tidak bergerak serta ditinggalkan bersendirian (oleh suspek yang) menuju ke Klang.

“Polis kemudiannya menahan suspek pada 3.10 petang semalam di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Kuala Lumpur.

“Isteri kedua suspek turut ditahan di sebuah tapak pembinaan di Taman Klang Utama, Klang pada 6.20 petang semalam bagi membantu siasatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek, yang merupakan pekerja kontrak warga Pakistan berusia 29 tahun, dan isteri keduanya seorang warga Indonesia berusia 45 tahun telah direman enam hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya polis turut menemukan kesan lebam di tubuh mangsa namun punca kematian belum diketahui dan mayat wanita it telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Gara-Gara Memakai Baju Perikatan Nasional, Netizen Tanya Aeril Zafrel Dibayar Berapa Ribu?

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Biar Gambar Berbicara” – Ibu Shuib Muatnaik Foto Bersama Wan Sharmila, Netizen Beri Restu

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

4 Dialog Filem Malaysia Pilihan Warga TikTokers!

4

Semasa 3 tahun yang lalu

TikTok Sambut Hari Bapa Tersebar, 11 Samseng Dicekup Polis

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 20 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 20 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Politik 23 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri