web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TikTok Sambut Hari Bapa Tersebar, 11 Samseng Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 12:56PM

Petikan daripada klip video memaparkan sekumpulan individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, Geng 35 meraikan sambutan Hari Bapa yang dimuat naik di TikTok, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Kegembiraan sekumpulan individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, Geng 35 meraikan sambutan Hari Bapa, tidak berpanjangan apabila mereka ditahan polis setelah klip video sambutan tersebut, dimuat naik ke aplikasi TikTok, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sekumpulan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim telah menahan 11 daripada 15 individu yang dipercayai berada dalam klip video berkenaan.

"Klip video tersebut memaparkan seorang lelaki sedang memotong kek berbentuk nombor '35' berwarna merah dan kuning. Selain itu, terdapat 15 orang berkumpul dalam sebuah rumah tanpa penjarakan sosial dan perkara tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021.

"Susulan sambutan, polis telah menahan 11 suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan dua perempuan berusia antara 25 hingga 61 tahun bagi membantu siasatan. Hasil risikan mendapati kejadian berlaku di rumah milik seorang daripada suspek dan mereka yang ditahan merupakan kenalan antara satu sama lain," katanya. 

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) PPDPP 2021.

"Kesemua yang ditahan telah dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman. Selain itu, beberapa barangan lain, antaranya telefon bimbit dan cincin turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu dalam kes berbeza, Kamarul Zaman memaklumkan, empat lelaki dan dua perempuan tempatan berusia antara 19 hingga 50 tahun ditahan di daerah Kuala Muda kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penganjuran pertaruhan bola sepak sempena kejohanan Euro 2020. 

Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai mengurus serta mempromosikan pertaruhan berkaitan Euro 2020, selain judi secara dalam talian yang menyasarkan rakyat tempatan.

"Hasil siasatan mendapati kumpulan ini telah beroperasi sejak lapan bulan lalu dan memperolehi keuntungan antara RM50,000 hingga RM70,000 sebulan.

"Kesemua mereka disyaki menguruskan serta menjalankan aktiviti perjudian secara dalam talian menggunakan pelbagai laman web," katanya.

Empat daripada lapan laman web tersebut adalah http://m.mgwin882.com, http://m-xe88.com, http://pussy888.com dan http://918kiss.com/greatwall99.html.

Selebihnya adalah http://myk8.ace333.com, http://dl.918kiss.agency, http://m.newplay66.com dan http://m.hola888.com. - Getaran, 22 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar