web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Campuran 2 Vaksin Sebagai Pelan B, JKJAV Kaji Data - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 4:28PM

Khairy Jamaluddin meninjau pembukaan PPV di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan kaedah heterologi atau campuran vaksin antara Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca adalah pelan B sekiranya berlaku gangguan pada bekalan vaksin COVID-19 negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, kaedah itu sedang dalam kajian susulan penggunaan oleh banyak negara lain.

Bagaimanapun menurut beliau, mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dua minggu lalu mendapati, data yang diperoleh hasil kajian dilaksanakan itu tidak menunjukkan keputusan meyakinkan.

“Dalam mesyuarat itu, hasil kajian yang dibentangkan dan data yang diperoleh tidak menyakinkan.

“Bagaimanapun, pada Khamis ini akan ada satu lagi mesyuarat berhubung perkembangan terkini vaksinasi secara hetereologi dan (pembentangan) data daripada negara lain,” katanya pada sidang media selepas meninjau pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Khairy berkata, penggunaan kaedah hetereologi akan dipertimbangkan selepas JKJAV berpuas hati dengan dapatan kajian serta yakin bahawa ia selamat dan efektif.

“Kita mungkin akan menggunakan kaedah itu tapi ia bergantung kepada syor yang diberikan JKJAV.

“Mereka (JKJAV) sedang mengkaji data untuk pemberian vaksin yang berbeza tetapi kita masih belum buat apa-apa keputusan,” katanya.

Setakat ini, kaedah hetereologi dilaporkan digunakan di Korea Selatan, Jerman dan Sepanyol. - Getaran, 21 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan