web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Jengkaut Maut Dihempap Jentera Berat Yang Dipandunya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Seorang pemandu jengkaut yang baharu hari pertama kembali bekerja, maut selepas dihempap jentera berat itu yang terbalik di satu kawasan kebun di Jalan Solok Air Besar, Kampung Brisu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata ketika kejadian, mangsa, Mohamad Sabirin Umar, 29, dipercayai sedang meratakan tanah pertanian di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang.

Beliau berkata bapa kepada seorang anak berusia setahun lebih itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa ditemukan maut di tempat duduk pemandu jengkaut berkenaan dalam keadaan meniarap dan kepalanya tersepit di bahagian bumbung jentera tersebut.

Mangsa baharu memulakan pekerjaan sebagai pemandu jengkaut setelah lama tidak bekerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk siasatan lanjut serta ujian calitan COVID-19 juga sebelum bedah siasat dilakukah hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Melaka Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.52 petang sebelum sampai di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian dengan satu jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan 10 anggota.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan